Logo KELAS MAYA
Persediaan PKSK Latihan ASAS
📊 LAPORAN MINGGU 1

Dibimbing Oleh Guru
Berpengalaman Kelas Maya! 🌟

Tahniah kepada semua pelajar Kelas Maya kerana berjaya menamatkan sesi pembelajaran Minggu 1 dengan cemerlang! Kelas Maya amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh para ibu bapa.

Fokus utama Kelas Maya pada fasa Latihan Asas adalah untuk membimbing pelajar menguasai 10 komponen utama PKSK secara berperingkat. Dalam masa yang sama, Kelas Maya turut memastikan kestabilan emosi dan tahap kefahaman mereka sentiasa menjadi keutamaan.

Ibu bapa kini boleh menarik nafas lega. Biar Kelas Maya bantu pastikan anak-anak bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PKSK!

98%
Fokus & Terlibat
96%
Sangat Jelas
71%
Lonjakan Kefahaman

*Statistik ini adalah berdasarkan maklum balas pelajar sejurus selepas sesi kelas berakhir.

Laporan Langsung: Suasana Kelas Minggu 1 🎙️

ISNIN Artikulasi Penulisan & BM

Tinjauan Kelas Maya mendapati suasana kelas yang penuh fokus! Cikgu Hema telah membongkarkan rahsia Teknik SALAK untuk membina ayat yang mantap, beserta Teknik ICI untuk pembinaan perenggan. Pelajar kini lebih jelas tentang cara menghasilkan ayat dan perenggan yang berkualiti.

▶ Tonton Rakaman
SELASA Sains

Kelas Maya terpegun melihat kesungguhan pelajar ketika mengulang kaji konsep-konsep Sains penting dari Tahun 4 hingga 6. Selain penerangan konsep yang mantap, Cikgu Syahira turut menegaskan teknik menjawab soalan berbentuk KBAT. Salah satu teknik yang ditekankan ialah sebab-akibat. Para pelajar kini kelihatan jauh lebih yakin setelah mengimbas kembali konsep asas Sains ini!

▶ Tonton Rakaman
RABU Matematik

Tinjauan Kelas Maya mendapati bahawa strategi pengajaran Cikgu Zul sangat berkesan! Pendekatan Cikgu Zul penting untuk mengatasi masalah rasa gementar terhadap nombor (Math Anxiety). Terbukti, pelajar kini lebih menguasai strategi penyelesaian masalah walaupun bagi soalan yang agak kompleks. Penguasaan Matematik juga pasti akan menjadi lebih mantap apabila pelajar melakukan latihan dengan lebih kerap.

▶ Tonton Rakaman
KHAMIS Pengetahuan Am

Tinjauan Kelas Maya bagi subjek ini merekodkan suasana kelas yang paling meriah pada minggu ini! Cikgu Syai mendedahkan bentuk-bentuk soalan sebenar bagi komponen Pengetahuan Am, disulami dengan aktiviti interaktif yang bukan sahaja menyeronokkan, malah sangat menguji minda pelajar.

▶ Tonton Rakaman

Apa Kata Pelajar Pada Minggu 1? 💬

Terima kasih atas maklum balas yang sangat positif! Melihat keterujaan dan semangat anak-anak ini untuk terus belajar adalah pencapaian terbesar barisan pendidik Kelas Maya.

Persediaan Menjelang Kelas Minggu 2:

Bagi menjamin sesi pembelajaran yang lebih lancar dan berkesan, kami amat mengharapkan sedikit kerjasama daripada pihak ibu bapa:

📝 Pembelajaran Kendiri (Self-Study):
Melihatkan momentum ulang kaji di portal yang sangat memberangsangkan, kami memohon agar ibu bapa terus menggalakkan anak-anak untuk log masuk Portal Kelas Maya dan mencuba latihan asas sebelum kelas bermula. Sedikit persediaan mampu memberikan impak yang sangat besar!

Laporan Minggu 2 Kini Tersedia! 🚀

BACA LAPORAN MINGGU 2

Komuniti Kelas Maya

https://backup.kelasmaya.my
Aceture Network (SSM Reg No: 201903195965)